Sejarah Kami
Atlas Ice Group

The Atlas Ice Group
The Atlas Ice Group memulakan penghasilan ais tiub sejak tahun 1989 melalui penubuhan Atlas Edible Ice Sdn Bhd. Pada masa itu, mesin ais hanya dapat menghasilkan ais sebanyak satu tan sehari. Divisi pengeluaran ais di Atlas Ice Group telah berkembang pesat sepanjang 30 tahun ini. Kini, divisi ini terus berkembang maju menjadi satu rangkaian yang terdiri daripada 16 buah syarikat dan lebih daripada 65 buah kilang di seluruh Malaysia.
Syarikat ais tiub kami mengedar dan menjual ais tiub terus kepada pelanggan-pelanggan dari pelbagai spektrum termasuk penjaja dan penjual air di gerai minuman, kedai kopi, medan selera, kantin sekolah dan kilang, restoran makanan segera, restoran makanan laut, restoran oriental dan Western, bistro dan kafe. Kami juga membekalkan ais kepada kilang-kilang pemprosesan makanan dan katering. Contohnya, kilang roti, kedai runcit dan pasar raya, hotel, pub dan disko, kilang-kilang penyembelihan ayam dan katerer. Memandangkan asas pelanggan yang semakin meluas, syarikat kami mengendalikan sebanyak 1,500 buah lori untuk memastikan penghantaran ais yang lancar.
Syarikat kami beroperasi setiap hari. Pelanggan-pelanggan boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Berbanding dengan pengeluaran ais sebanyak satu tan sehari pada tahun 1990, kapasiti pengeluaran harian kini mencapai sebanyak 4,000 tan sehari untuk memenuhi permintaan ais pelanggan-pelanggan yang semakin meningkat.
The Atlas Ice Group mempunyai lebih daripada 3,500 orang pekerja.
Misi & Visi Kami
- Menjadi pengeluar ais tiub yang terbesar di rantau Asean