Atlas Ice menyediakan ais yang tulen dan bersih kepada semua.
Ais kami dihasilkan di bawah kawalan kualiti yang ketat. Ini adalah untuk memastikan ais adalah sentiasa bersih, jernih dan penting sekali, ianya selamat dimakan.
Selama ini, kami berusaha untuk mematuhi dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan negara, standard, dan keperluan keselamatan. Dengan dedikasi yang sedemikian, kami telah berjaya mendapat pengiktirafan dan anugerah:-
- Pensijilan ISO22000;2005 – Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan
daripada SIRIM QAS dan IQNet. - Pensijilan Mesti – Makanan Selamat Tanggungjawab Industri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Pensijilan Halal daripada Jakim.
Pek ais tiub boleh didapati dalam saiz-saiz berikut:
- Pek mudah (S)
- Pek Standard (L)
Kami juga menyediakan perkhidmatan penyewaan kotak PVC yang bersaiz M – 100 liter dan L – 200 liter.
Soalan Lazim
Anda boleh membelinya dari pasar raya utama yang berdekatan. Kami juga menjual ais terus kepada pelanggan-pelanggan kami. Anda hanya perlu mengisi borang dan lori kami akan menghantar ais ke pintu rumah anda.
Tidak. Perkhidmatan penghantaran ais kami adalah percuma.
Anda boleh melayari laman web kami, Hubungi Kami untuk mengetahui lokasi cawangan kami. Anda juga boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya.
Ais mestilah kelihatan jernih dan ia patut bebas daripada sebarang bau. Semasa membeli ais, pastikan begnya di’seal’ dengan baik. Nama dan alamat pengeluar tertera di atas beg. Sentiasa berwaspada dengan sumber atau proses pengeluaran ais yang kurang jelas atau tidak diketahui. Pilihlah Atlas Ice untuk memastikan kualiti ais yang terbaik.
Ya, ada.
Pesanan minima untuk servis penghantaran kami ialah 3 pek Standard (L).
Sila rujuk Jawatan Kosong di laman web kami untuk maklumat selanjutnya.
Dijamin selamat & berkualiti baik. Ais yang anda yakini.
1500 buah lori penghantaran di seluruh Malaysia.
Menghantar ais ke mana jua pada bila-bila masa.